SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES

 

IMG_0403 (Copy)

Salam Sejahtera

SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES adalah milik Bumiputera sepenuhnya dan telah didaftarkan pada 26 Ogos 2009. Bermulanya dari syarikat SENTOSA CANOPY RENTAL SERVICES (syarikat perkongsian). Seorang rakan kongsi menarik diri. Maka SENTOSA CANOPY RENTAL SERVICES dibubarkan. Maka syarikat SENTOSA CANOPY & CATERING SERVICES diwujudkan pada 21 Januari 2009. Bermula dengan 4 set kanopi dan sebuah lori kecil.

Setelah lebih setahun beroperasi, syarikat telah menambahkan aset dimana syarikat telah membeli sebuah lagi lori 3 tan dan menambah bilangan kanopi yang sedia ada bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat samada dari badan kerajaan dan swasta. SENTOSA CANOPY & CATERING SERVICES semakin dikenali dan banyak vendor-vendor katering yang berusahasama dengan syarikat. Berbekalkan uasaha, keyakinan dan azam yang kental, syarikat telah mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang katering dengan menubuhkan syarikat SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES pada 26 oktober 2009.

Bermula dengan majlis-majlis yang kecil dan peralatan yang sedikit kami mulakan bidang katering dan menimba ilmu daripada kawan-kawan dari syarikat-syarikat katering yang lain. Alhamdulillah perkhidmatan kami semakin mendapat sambutan. SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES mengorak langkah demi langkah dengan menambahkan aset dan mula bersedia untuk memberi perkhidmatan yang lebih besar seperti majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain.

Syarikat SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES semakin berkeyakinan dan terus menambah aset untuk menambahkan lagi jenis perkhidmatan dan meluaskan pemasaran ke seluruh Lembah Kelang dan Selangor.

SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES telah membina Laman Web rasmi Sentosa Catering iaitu : www.sentosacatering.com sebagai flatform untuk mengenalkan diri kepada masyarakat bahawa kami benar-benar mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Syarikat amat berkeyakinan bahawa syarikat boleh pergi lebih jauh dan memasang azam dan cita-cita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.Kini SENTOSA CATERING & CANOPY SERVICES bukan sahaja hanya tertumpu pada majlis perkahwinan tetapi juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan untuk majlis Formal,Kenduri Tahlil, Doa selamat,Rumah terbuka dengan menawarkan pelbagai pilihan menu yang menarik dengan harga yang amat berpatutan. Syarikat bercita-cita untuk membina sebuah Dewan yang selesa untuk memenuhi permintaan masyarakat dan orang ramai.

Alhamdulillah berkat usaha yang gigih dan kerja keras selama ini. Hari ini telah terbinanya DEWAN BANQUET yang indah dan selesa untuk pelbagai majlis.DEWAN BANQUET SENTOSA CATERING mula beroperasi awal tahun 2017 dengan majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain

 

dare to be different

 

 LIHAT ANTARA PELANGGAN YANG PERNAH MENGAMBIL SERVIS KAMI

Copyright © Sentosa Catering and Canopy
No. 51 & 53, Jalan Jejarum 4A, Seksyen BB9,
Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel 013-3355135 / 013-3322046 Fax 03-60201960