gambar catering

Pengenalan Sentosa Catering & Canopy Services

Salam sejahtera. Sentosa Catering & Canopy Services atau nama ringkasnya SCCS adalah milik bumiputra sepenuhnya . Sentosa Catering & Canopy Services ( SCCS) diwujudkan dari perniagaan kanopi pada mulanya. Asal dengan nama Sentosa Canopy & Catering Services. Dengan pengalaman yang sedia ada, Sentosa Canopy & Catering Services ( SCCS ) mula mengorak langkah ke bidang catering dengan mewujudkan Sentosa Catering & Canopy services sebagai ‘ One Stop Centre ‘.

Kami hanya bermula dengan majlis-majlis kecil. Setelah mendapat sambutan dari semua sudut masyarakat , Sentosa Catering & Canopy Services ( SCCS ) telah menambahkan aset peralatannya untuk menempu cabaran yang lebih besar. Tujuan Sentosa Catering & Canopy Services (SCCS) adalah untuk memberi perkhidmatan dan sumbangan tenaga kepada masyarakat  disamping mendapat sedikit keuntungan.

Kini Sentosa Catering & Canopy Services (SCCS ) semakin diterima dari semua golongan masyarakat. Dari majlis-majlis kecil, kini Sentosa Catering & Canopy Services ( SCCS ) telah berkemampuan menyediakan sajian sehingga 5000 orang . Seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis keraian, majlis makan malam dll dengan resepi tersendiri dan telah dapat memuaskan hati pelanggan-pelanggannya.

Sentosa Catering & Canopy Services ( SCCS ) dapat memberikan kepuasan dan layanan yang terbaik  dengan gabungan kanopi, hiasan dewan, dan pelamin dengan hiasan-hiasan mengikut warna tema menarik pilihan pelanggan yang dapat memukau para tetamu yang hadir. Matlamat Sentosa Catering & Canopy Services (SCCS ) adalah untuk merialisasikan impian bakal-bakal pengantin . Kini Sentosa Catering & Canopy Services telah dapat menyediakan perkhidmatan majlis perkahwinan dari A – Z . 

Lihat Semua Gambar»
Copyright © Sentosa Catering and Canopy
No. 7-1, Jalan Adenium 2G/8, Pusat Perrniagaan Adenium, Seksyen BB5,
Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Tel 013-3355135 / 013-3568801 Fax 03-60217904